Wednesday 27 April 2011

PETUA MENCANTIKKAN MATA

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.




InsyaAllah mujarab jika diamalkan selalu...(^_^)

PETUA MENCERAHKAN KULIT MUKA

...Sesiapa Yang merasakan dirinya kurang menarik atau kulit muka kurang putih...cubalah petua ini...

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis(limau kasturi N lemon pun boleh)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.


Amalkan selama beberapa hari...InsyaAllah mujarab...

...SELAMAT MENCUBA...(^_^)wink wink

Tuesday 26 April 2011

PETUA MENGECILKAN PEHA

.....Jintan boleh dijadikan penawar dalam mengatasi masalah melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga peha.....




CARA - CARANYA.
1.Rebus jintan sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika sebelum diangkat.
2.Sejukkan air rebusan jintan sebelum diminum.
3.Amalkan meminum air rebusan jintan tersebut 2/3 kali seminggu.

Saya pun mencuba..dan ianya berkesan..SELAMAT MENCUBA.. (^_^)wink wink

Saturday 23 April 2011

Tom Yam Thai Style


BAHAN-BAHAN
1/4 Ayam @ sedikit seafood (dipotong kecil2)
2 bawang merah yang dihiris
3 biji bawang putih dihiris
3 batang serai
cili merah dihiris
1 paket perencah tomyam
1 cube tomyam
1 camca cili giling
sawi
1/2 batang lobak merah
1/4 kubis bunga
1/4 brokoli
2 biji tomato
daun limau purut
minyak utk menumis
sedikit air
serbuk perasa dan garam

CARA- CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bawang merah yang telah dihiris td bersama-sama dengan 1 camca cili giling td. Tumiskan sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam @ seafood. Masak sehingga bahan- bahan tersebut masak.
3.Kemudian,masukkan air kedalam periuk td.
4.Masukkan perencah tomyam juga cube tomyam
kemudian kacau tidak lupa juga kita masukkan serai dan daun limau purut.
5. Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan juga sayur-sayuran.
6.Apabila mendidih itu tandanya dah masak dan ianya sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba (^_^) wink wink

Wednesday 20 April 2011

Nasi Dagang Kelate Mari

Bahan-bahan dan cara hidangan
1 kg beras(nasi dagang)
Santan pekat
1 sudu garam
sejemput halba
1 halia-dihiris halus
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris

Cara:
1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan santan pekat tambah air secukupnya. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam
3. Biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Gulai Ikan Aya (tongkol)

1 ekor ikan aya yg sudah dipotong dan dibersihkan (direbus)
santan
1 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 paket serbuk kari ikan
cili besar
ubi kentang (jika suka)
rempah ratus (kayu manis,pelaga,cengkih dll)
garam & gula melaka (sebagai perasa)
minyak untuk menumis

Cara.
1.Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumiskan rempah ratus tadi.
2.Masukkan bawang yang telah ditumbuk dengan halia tadi (tumis sehingga naik bau)
3.Masukkan serbuk kari ikan yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian tumiskan sehingga garing (jangan bg hangus pulak ye)
4.Masukan santan tadi dan tambahkan air secukupnya
5.Bahan perasa (sedikit garam dan gula melaka)untuk menambahkan rasa sedapnya.
6.Akhir sekali masukkan ikan tonggol (aya) yang sudah direbus tadi, cili besar dan juga ubi kentang tadi.
7. Siap untuk dihidangkan bersama dengan nasi dagang tadi.






Selamat Mencuba,wink wink.. (^_^)

Tuesday 19 April 2011

Waktu Solat

Sifat-Sifat Yang Perlu Ada Pada Jejaka2 Malaya untuk memikat hati Gadis Idaman Hati

Kebersihan Diri
Ini amat penting krn wanita amat menitik beratkan kebersihan diri. Jadi anda perlulah menjaga kebersihan diri supaya ramai yg tertarik dgn anda.

Ada cara (stlye) tersendiri
Tak payah susah2 nk tiru gaya orang lain. "be yourself"

Ambil Berat (Caring
Jiwa wanita sangat sensitif, Jadi anda perlulah menjadi 'gentleman' untuk caring tentang dirinya tatkala si dia sedang menghadapi masalah.

Sentiasa Senyum
Bab kata Allahyarham P.Ramlee "Saya cantik tu tidak,tapi manis tu ada". Jadi anda tidak perlulah risau jika anda tidak terlalu 'smart' @  handsome, kerana wanita zaman sekarang tidak memilih rupa, tapi manis dan hati yang baik.

Bersikap Cool
dalam semua aspek anda mestikan sentiasa cool untuk menangani segala situasi.

Ada sense of  Humor (tidak terlalu serius)
Jangan terlalu serius kerana ini akan menyebabkan insan yang berada disamping kita akan berasa bosan.

Tidak mengongkong
Sifat ini amat tidak disenangi oleh sesetengah wanita,jadi anda yang ada sikap ini haruslah merubahnya sebelum ianya terlambat...

Selamat Maju Jaya Untuk Mendapatkan Gadis Impian Anda..
Sekian Wassalam...(^_^)












Monday 18 April 2011

New in Blog

Assalamualaikum wbt...

Buah Cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Hamba insan baru belajar buat blog
Jika salah tolong tunjukkan

Kitakan teman di alam siber
Pantun jangan ada yang "heart feeling"
Jalinkan akrab sebagai "member"
Ramaikan kawan itu yang penting
Madah tersusun berseri indah,
Laksana permata berkilauan cahaya,
Ku kumpul sinarnya penyeri rohani,
Masa berpantun ku tamatkan sudah,
Jemputlah One dan sesiapa juga,
Ke ambang maya Laman ku ini.

Kuntum Kemboja di celah dahan
Bersih Pelupuk Kuntum Melati
Rindu di hati tiada tertahan
Biarlah hamba mengundur diri

Wassalam.....