Friday 30 September 2011

SALAM SEMUA...

LAMA MYZA X UPDATE BLOG NI,BZ CKIT..NI BRU LEH UPDATE...
EMMM XDE PE NK TULIS CUME NAK TANYE KHABAR JEW...SEMOGA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...

WASSALAM...

Friday 2 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SALAM MERDEKA

Assalamualaikum wbt...


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan salam Merdeka..Biarpun dah 3 hari kita beraya namun suasana raya masih lagi terasa....Bak kata pepatah RAYA KAN SEBULAN,hehehe..So kite enjoy..!!!

Akhir sekali seribu kemaaf diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini...Kita hanya manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan...Jadi di kesempatan ini saya memohon kemaafan dari kawan-kawan dan sanak saudara saya..


Sekian..Wassalam...






BISKUT SARANG SEMUT




Bahan-bahan

• 250 gm butter
• 1/2 gelas gula
• 1/4 gelas tepung jagung
• 2 1/2 biji kuning telur
• 2 1/2 gelas tepung gandum
• 1 tea spoon esen vanila
• coklat rice utk hiasan

Cara-cara

1.Butter dikembangkan bersama gula

2.Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila

3.Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit2 ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh.

4.Sagat @ parut tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau)

5. Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak.

SIAP UNTUK DIMAKAN :-)

BISKUT MARMAR CARRIES

Bahan-bahan(untuk 150 biji)




• 400 gm/ 4 cawan tepung gandum
• 300 gm mentega ( 250 gm + 50 gm )
• 2 sudu makan tepung jagung
• 100 gm / 1 cawan gula aising
• 1 sudu kecil esen vanila
• KRIM
• 2 biji putih telor
• 150 gm/ 1 1/2 cawan gula aising
• 1 sudu kecil membumbung tepung jagung
• Sedikit serbuk coklat/coklat emulco/warna pilihan

Cara-cara

ADUNAN BISKUT
1.Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanila sehingga sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

3.Canai setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan berbentuk 'love'..

4.Sapu krim putih dengan jari dengan cara enjut jari pada krim, sapu sampai rata. Semasa mengenjut, jari tidak menyentuh permukaan biskut.

5.Lorek permukaan krim tadi dengan krim coklat menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi. Lorek mengikut kreativi sendiri.

6.Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit - sehingga masak. Siap..

ADUNAN KRIM

1.Masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecil, agak2 senang untuk di pukul dengan mixer.

2.Pukul sehingga pekat dan berkilat. Angkat pemukul, jika adunan yang melekat pada mixer tu tak meleleh turun dengan lajunya , maka elok lah tu..lebih kurang 3 - 4 minit dengan cara putar pelahan dulu, pastu speed laju dan pelahan semula. Berulang2 sehingga adunan itu terasa semakin pekat...pukul terlalu lama pun tak bolih juga..adunan yang terlalu keras menyebabkan krim tadi akan longkah/ terasing dari biskut..jadi agak2 lah semasa memukul.

3.Asingkan krim tadi anggaran 2 sudu makan ke dalam sebiji mangkuk kecil. Kemudian masukkan pes coklat atau sedikit serbuk coklat atau apa2 warna yang di sukai..untuk di lorek di atas krim putih yang telah di sapu di atas biskut.

Biarkan seketika biar keras n sedia untuk dimakan.:-)

BISKUT ALMOND LONDON BEST

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
• 250 gm mentega



• 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
• 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
• 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
• 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
• 1 biji kuning telor
• Badam biji di panggang secukupnya
• Badam cincang untuk hiasan
• Coklat masakan secukupnya
• Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
• Sedikit minyak jagung

Cara-cara
1.Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.

2.Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

3.Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri.

4.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

5.Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)

6.Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji. Kemudian,Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

8.Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap untuk dihidang kepada tetamu.